|
 
Casa Impian Hari Raya Speical:
Eric ditemani pasangan penyanyi pujaan ramai Anuar Zain
dan Ziana Zain untuk mengubahsuai bilik tidur ibu bapa
mereka untuk satu kejutan manis… Casa Impian
dan krew cukup berbangga dapat bertemu keluarga yang
ramah dan mesra ini.
Sebelum...

Kamar tidur ibu bapa penyanyi terkenal Anuar dan Ziana
Zain mempunyai beberapa masalah hiasan dan nampak tidak
lengkap tanpa sebuah konsep yang bersesuaian.
Selepasnya...

Masterbed room di banglo besar ini kini bersinar
dalam gaya eksotik yang romantik dan menawan


Penempatan katil ditukar ke bahagian kiri ruang dan
sebuah platform sebagai island dihasilkan dengan
Pergo laminated flooring dari siri Mahogany tajaan Floor
Biz untuk menghasilkan ilusi katil terapung.

Katil asal lama ditukar dengan katil kayu
jati bertiang [4-posted bed] tajaan Eureka Collections
di Atria Shopping Centre yang dengan mudahnya memberikan
gaya eksotik yang dicari. Katil ini seterusnya dihias
dengan kain organza hijau berhias manik-maik kecil yang
ditempah khas dari SSF Curtain.

Pilihan warna-warna bertona hijau segar
dari ICI Dulux Color Solutions diperkenalkan sebagai
latar ruang yang besar ini.

Bilik tidur ini yang dipenuhi dengan tingkap,
diberi solusi kain langsir day and night curtain
yang terdiri dari tona hijau tua dan material sutera
yang cukup eksotik dalam gaya french plit yang
diikat ditengah.


Perabot tambahan terdiri dari meja tepi
kayu jati berbentuk bulat untuk memberi penataan yang
lebih klasik dan sebuah console table dari Eureaka
Collections yang dihias dengan lampu dan bunga segar
yang diletakkan dalam pasu besar dari SSF Home Deco
Mart.

Katil 4 posted yang indah tadi dilengkapkan
dengan tilam dan bantal berkualiti model 'Resta',
keluaran terbaru Dreamland.

|