| 
Halaman rumah pemenang bertuah episod kali ini luas,
tenang dan mempunyai segala potensi untuk bersinar sebagai
sebuah exterior idaman. Soalannya bagaimana mentransformasikan
halaman ini?

Selepasnya...


Solusi Eric dengan bantuan Desmond Ho,
pakar pembina taman Neo Nusantara dari Terra Garden
dan penaja baru Casa Impian QB Products dengan sun shade
mereka telah mengubah halaman ini kepada taman impian
yang ditunggu-tunggu.
  
 
Tema buat taman ini adalah supaya tuan
rumah sekeluarga dapat mengekstensikan ruang interior
ke exterior, di mana ruang exterior yang luas dengan
cuaca tropika dipergunakan untuk membina sebuah tempat
bukan sahaja untuk beristirehat malah tempat bersantap
di mana rangkaian meja makan outdoor dari koleksi Terra
Garden diperkenalkan.


Keterikan matahari pula dilindungi dengan sun shade
yang bukan saja mempunyai fungsinya untuk memberi keredupan,
malah cukup bergaya sebagai aksesori taman.
  

Kewujudan pokok kelapa dan tanaman asal
di taman ini dikekalkan sebagai komplimen yang memberi
natural feel pada taman. Sedikit house-keeping seperti
membuang pelepah kelapa dan pasu-pasu yang tidak tersusun
menghasilkan penataan yang rapi.

  
Unsur air juga disertakan dengan water fountain buatan
sand stone dengan sculpture jantung pisang, inovasi
dan rekaan Desmond yang bersebati dengan motif nature.
  
Sebuah back drop seakan dinding kayu bertingkap bercirikan
rumah kampung dijadikan dekorasi menarik dan fokus pada
taman ini.
|