Episode # 13 Colonial Patio

Episod akhir dalam musim ini membawa anda ke era nostalgia kolonial untuk memberi face lift atau wajah baru untuk sebuah patio atau halaman yang terbiar sebuah banglo lama di bandaraya Kuala Lumpur.

Cabaran

Halaman atau patio ini sebenarnya mempunyai struktur yang cukup berkarektor dalam sebuah persekitran menghijau dan tenteram. Malangnya patio ini tidak dijaga dan dipenuhi dengan perabot dan kerusi-kerusi lama yang tidak sesuai. Catnya juga telah pudar ditelan masa. Cabaran paling mendesak untuk patio ini ialah untuk mengosongkan dan mengecat dinding, siling dan iron gate rendah di sekeliling patio ini yang telah pudar.

Solusi

Gaya pilihan untuk patio ini ialah sebuah gaya yang dapat mengekalkan struktur dan karektor asalnya. Gaya kolonial dengan fusion tropika dipilih.

Dinding utama dicat dengan warna merah cili dari Jotun dan kesemua dinding lain, siling dan meral gate dikekalkan warna off white yang neutral.

Dinding merah ini akan berfungsi sebagai backdrop untuk sebuah daybed yang oversize dari koleksi perabot patio dari Courtyard.
Aksesori lengkap untuk taman dari koleksi Courtyard digunakan untuk melahirkan sebuah taman di patio ini.

Aksesori ini terdiri dari sebuah kolam sandstond yang kecil di mana ianya dihias dengan bunga-bugna kecil dan tea candle. Pasu-pasu terra cota untuk tumbuhan hijau pula disusun di sudut kiri dan kanan untuk mengkaburi penataan kasar dan kosong. Sebuah lampu pelita dengan stand yang eksotik pula diletakkan di sudut kiri untuk memberikan suasana romantik.

Sebuah kain sari cokelat dari material sheer digantung di kiri patio dan diserikan lagi dengan menggantungkan 2 utas ikatan bunga franjipenny putih.

Sepasang lampu taman Moonlight yang berbentuk bulat dari Lightcraft pula digunakan untuk sudut berhampiran gate besi yang rendah di hadapan patio.

Sentuhan akhir merupakan dekorasi pada daybed dengan kushion-kushion kecil berwarna merah dari material burmese silk yang anggun. Beberapa helai selendang dari tona kemerahan dari koleksi butik Aseana disertakan sebagai pengalas di Daybed sebagai soft touch.

Akhirnya sebuah wajah baru yang ditunggu-tunggu oleh potio ini selama ini dicapai tanpa mengkompromasikan struktur dan keindahan asal bahagian exterior bunglo lama ini.

 

 



Season 3 Episodes

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Back

 

Click here for design galleries contact numbers & addresses

 

 
BEFORE AFTER

 

 

 

 

Copyright © 2001 Camera Culture Productions Sdn. Bhd. All Rights Reserved.