| Episode # 9
Cabaran
untuk ruang tamu ini ialah untuk mentransformsikan penataan ruang ini
yang nampak Kerja-kerja pengubahsuaian seperti biasa dimulakan dengan mengosongkan perobot-perobot dan aksesori yang tidak boleh digunakan dalam konsep baru untuk ruang ini. Ketulan konkrit dan cat lama yang mula mengupas diratakan sebelum dicat untuk mendapatkan hasil cat yang lebih cantik. Tektur kertas dinding jotufibre yang digunakan untuk dinding utama diharap dapat menghidupkan dinding melalui corak dan tekstur sebagai permukaan baru dinding feature wall. lantai laminated flooring dari Pergo sekali lagi digunakan sebagai solusi untuk menutup lantai yang tidak bermaya. Kali ini Eric memilih tona lantai kayu berlapis yang lebih tua untuk memberi mood panas atau warm, sesuai untuk suasana bermeditasi. Rawatan tingkap bentuk langsir 2 lapis iaitu day curtain yang nipis dan lembut dan night curtain dari material yang lebih tebal digunakan untuk mengecapi gaya elegan. Plit-plit pada langsir digubah oleh pakar hiasan tingkap supaya langsir ini mempunyai potongan ayu gaya lipatan scallop frills. Untuk perobot, Eric memilih perabot minima dengan potongan linear dari koleksi Cellini ini untuk mengelakkan komplikasi design yagn keterlaluan. Perabot minima yang terdiri dari 2 kerusi dan satu meja ini diharap dapat mengurangkan kesesakkan dan memberi ketenangan yang bersesuaian. Berhadapan kerusi sebuah permaidani berciri oriental menghias lantai dan juga boleh berfungsi sebagai tempat duduk tambahan digandinkan dengan kushion-kushion. Sebuah aksesori rotan, sepasang lilin Ombak dan daun-daun hijau yang tinggi diletakkan bertentangan kerusi sebagai penyeri sudut.
Keceriaan melalui warna terang diperkenalkan untuk memberi sebuah suasana yang dapat bersinar dan menerangi panorama dalam ruang ini. Lantai yang lebih cozy menggantikan lantai malap lama, dinding pula diserikan dengan warna ceria kuning dan siling disinari dengan rawatan cat baru. Elemen-elemen berunsur oriental yang digemari tuan rumah diselitkan tanpa penonjolan yang keterlaluan. Setiap sudut dan deco telah dirancang oleh Eric supaya memberi sebuah ketenangan kepada tuan rumah yang selama ini mengurungkan diri dalam bilik yang kurang bermaya. Keceriaan
yang diperkenalkan melalui persekitaran ini diharap dapat memberikan ketenteraman
yang dicari oleh tuan rumah.
|
||||
![]() |
||||
![]() |
||||
![]() |
||||
| Info Produk: lampu: Lighcraft |
||||
![]() |
![]() |
|||
| BEFORE | AFTER | |||
Copyright © 2001 Camera Culture Productions Sdn. Bhd. All Rights Reserved.