Episode3 Animation


Episode
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Back

 

 

Episode # 3

 

Kondominium moden yang agak luas ini nampak kosong kerana tidak mempunyai perobot dan aksesori asas. Saiznya yang besar membuatkannya nampak kosong dan tandus seterusnya menghasilkan suasana yang dinding. Dinding, siling dan lantai yang kesemuanya terdiri dari warna putih memberikan penataan yang membosankan...

Solusi untuk ruang tamu ini ialah sebuah indoor garden untuk mengeratkan unsur kehijauan di luar dan sebuah interior yang terdiri dari unsur-unsur lembut gaya tropika.

Tekstur kertas dinding Jotufibre seterusnya yang digunakan untuk feature wall dihidupkan dengan cat hijau yang dipilih oleh Eric bersesuaian dengan tema yang telah dirancang.

Pembina taman dari Terra Garden yang pakar dalam pembinaan taman interior diundang untuk mengindahkan sudut bertema alam dalam ruang ini.

Cermin kayu bertona gelap, diberi kontras menarik dengan latar hijau yang bertema tropika.

Sebuah sofa 2 seater koleksi Thamesa diletakkan di bawah cermin untuk melengkap bahagian dinding dan dihias dengan runner dan kusyen bertessel dari Ethnic Moods.

Kusyen bersegi atau Sea Grass Pillow dari koleksi di Urban Culture berfungsi sebagai aksesori tambahan untuk lantai di atas jutt rug .

Ikat dari Ethnic Moods sebagai aksesori dinding bertentangan menambahkan lagi gaya etnik keseluruhan.

Sepasang lilin gobek pendek Ethnic Moods turut dijadikan sebagai penyinar suasana di sudut pilihan bergandingan dnegan lampu-lampu kayu jati dan lampu buluh koleksi ethnic moods.

Langsir kapas tie dye dari Urban Culture pula melengkapkan sudut bersebelahan taman. Pasu slim hijau dan foto frame kayu unik dari Ombak menambahkan penataan elegan.


Info produk:


Cat & kertas dinding: Jotun Paitns
Kusyen, runner, lampu, lilin gobek: Ethnic Moods
Sofa & permaidani: Thamesa Home Furnishing
Indoor Garden: Terra Garden
Langsir & Floor Kusyen: Urban Culture
Pasu dan frame gambar: Ombak

Click here for design galleries contact numbers & addresses
 
BEFORE AFTER

 

 

 

 

 

 

 

Copyright © 2001 Camera Culture Productions Sdn. Bhd. All Rights Reserved.