Episode
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13

Back

 

Episode # 10

 

Ramai yang melakukan kesilapan dalam memilih warna yang betul dan penggunaannya dalam ruang. Ruang tamu ini perlu dikeluarkan dari penataan garag pada
keseluruhan dinding dan interior yang lebih trendy harus diperkenalkan supaya nampak bergaya.

gaya retro moden yang kian popular di kalangan orang muda menjadi gaya pilihan untuk pengubahsuaian ruang tamu ini.

Sebagai permulaan, permaidani dan sofa asal yang bercangggah dengan gaya yang akan diperkenalkan dikeluarkan sebelum memulakan pengubahsuaian.

Berbanding dengan satu tona warna yang membosankan, pengenalan dua tona warna iaitu warna fokus dan warna neutral memberikan depth dan perspektif yang dicari.

Lantai lamination gaya kontemporari yang diperkenalkan, bukan saja nampak trendy malah merupakan lantai praktikal yang tahan lasak bagi gaya hidup pantas kosmopolitan.

Sari dnegna kain lembut yang seksi dalam tona cokelat dan beige muda dijadikan sebagai hiasan tingkap yang murah.

lampu funky stainless steel koleksi Lightcraft yang memberi efek bayangan pada dinding dan siling bersesuaian sebagai sumebr cahaya dan aksesori bagi gaya retro ini.

Sofa 3 seater rekaan Eric dengan ciri-ciri retro se[erti material kuadroi dan potongan bulat bukan sahaja nampak menarik malah cukup selesa sebagai tempat duduk yang praktikal.

Sehelai kain organsa kemerahan digantungkan sebagai tompok fokus yang bersesuaian di belakang sofa.

Satu lagi tompok warna merah terand adan berani dipantulkan dari lantai melalui rug merah.

Meja tepi bulat melengkapkan sofa di bahagian kanan.Sudut kiri diserikan dengan floor lamp dan lampu meja yang diletakkan di ats lantai. Kedua-duda lampu ini mempunyai potongan bulat yang ringkas.

Transformasinya, pembahagian warna dan pengenalan unsur-unsur hiasan yang trendy dan tompok warna yang menonjol menghasilkan sebuah ruang yang bergaya dan
menarik perhatian.

Keceriaan melalui warna, cahaya dan refleksi digunakan untuk menukar penataan yang membosankan.

Lantai kontemporari menggantikan lantai lama, dan diserikan dengan permaidani yang trendy.

Perabot berjiwa muda dan kurang formal dijadikan sebagai aksesori asas ruang.

Elemen-elemen gaya retro menghidupkan suasana dengan gaya funky yang menarik..

 



Info Produk:

lampu: Lightcraft
cat: Jotun Paints
sofa: Baverly Home
langsir: Artisan International Furnishing
fabrik feature wall: Ombak KLCC

Click here for design galleries contact numbers & addresses

 
  BEFORE AFTER

 

 

 

 

 

 

Copyright © 2001 Camera Culture Productions Sdn. Bhd. All Rights Reserved.