spacerDBE Season 3
spacer episode 8
spacer episode 7
spacer episode 6
spacer Episode 5
spacer Episode 4
spacer Episode 3
spacer Episode 2
spacer Episode 1
 

sebelumRuang tamu yang penuh sesak dengan penggunaan warna yang kurang menarik menerima pengubahsuaian ke dimensi baru dari Deko Bersama Eric.

Gaya kosmopolitan dengan elemen deko paling trendy memberi identiti baru bagi ruang tamu.

Tips

  • Kertas dinding digunakan untuk memberikan perubahan drastik pada dinding utama.
  • Tona gelap pada kertas dinding dan langsir diseimbangkan dengan perabot bertona warna terang/muda.
  • Lantai laminasi juga dipilih dari tona warna cerah untuk memberi keseimbangan pada tona gelap pada dinding utama.
 
Klik untuk imej besar & info produk:
ssf2 ssf3      
 

Info produk innovatif:

Dulux Colour Solutions
www.icipaints.com.my
Feature Wall-Dulux Light & Space- Frosted Dawn 16685

Ruang yang agak kecil ini diberi keluasan secara visual melalui penggunaan Dulux Light & Space yang dapat memantulkan cahaya dengan efektif supaya ruang nampak luas.

Haier
www.haier-mal.com
TV LCD dari Haier 32’ [L32S9] hitam yang slick menambah penataan moden. Ciri Panorama mode pada LS9 series ini memberikan pandangan jelas tanpa gangguan atau ‘distortion’ dari setiap sudut ruang tamu. Sesuai untuk ruang yang sempit mahupun ruang yang besar.

Air con Haier LD series [Silver Series] dengan warna silver bersesuaian dengan tema warna keseluruhan ruang. Ciri menarik, ‘Auto re-start’ membolehkan unit dihidupkan semula pada setting asal selepas gangguan elektrik atau blackout.

Floor Biz
www.floorbiz.com.my
Floor Biz kali ini memperkenalkan Silver Pine Plank dari range Pratiq yang nampak kemas dan memberi ilusi ruang yang lapang pada ruang yang agak sempit ini.

Lightcraft
www.lightcraft.com.my
Lampu Lightcraft dari koleksi kaca hitam dengan shade hitam menjadi fokus dan menambah keanggunan pada ruang.

Sepasang lampu dinding dari siri yang sama menjadi sumber lampu dan wall deko pada non feature wal.

Stand Light dan table light yang berpadanan dengan ciri-ciri krystal dan shade gelap memberikan elemen mewah.

Red Apple
www.redapple.com.my
Red Apple menambah faktor ‘wow’ pada ruang dengan Leather ‘L Shape’ sofa dari tona off white. Sofa L shape ini unik kerana ianya dapat digunakan sebagai loose piece atau bersambung mengikut dimensi ruang.

Meja kopi white oak series dengan permukaan kaca lengkap dengan drawer di bahagian bawah boleh juga dijadikan sebagai display unit.

TV Kabinet dari white oak series ini menambahkan gaya moden pada ruang.

Lamex Wall Coverings
www.lamex.com.my
Kertas dinding dari koleksi Lamex siri Amnesia menjadi fokus pada dinding utama yang mengubah penataan ruang dengan drastik untuk imej baru.

Master Home
www.masterhome.com.my
Langsir bertona dark silver dari material silk satin sesuai untuk ‘luxury look’ yang dicari dan seterunya menambahkan feminin touch bersesuaian dengan tuan rumah.

Sepasang ottoman triange dari material yang sama rekaan Master Home menjadi komplimen kepada soft furnishing. Ottomon mempunyai berbagai fungsi untuk ruang contohnya sebagai tempat duduk tambahan, meja tepi dan sebagainya.

Throw cushion tempahan khas dari Master Home dari material langsir menjadi hiasan sofa dan sebagai elemen keselesaan.

SSF Creative Lifestyle Hub
www.ssf.com.my
Bunga ros segar dalam tona merah dan pink diletakkan dalam sepasang pasu berbentuk goblet koleksi SSF.

Tea candle diletakkan pada piring yang unik koleksi SSF untuk menambahkan mood cozy sambil showcase dekorasi yang trendy.

Lilin hitam yang unik dari SSF menjadi penyeri bahagian tepi sofa.

Sajian krew DBE oleh Dominos Pizza.
dominos

 

 

back2top

Klik sini untuk senarai lengkap atau untuk menghubungi
penaja-penaja Deko Bersama Eric.

 
© 2007-2009 Copyright Camera Culture Productions Sdn Bhd. All rights reserved. Webdesign by lazarusnow.com