| Episod 8: My English Bedroom |
|
|||||||||
Before...
Bilik tidur yang basic memerlukan transfomasi sebagai sebuah ruang yang damai dan indah. After... Sebuah bilik tidur indah dalam gaya English moden yang tidak keterlaluan tapi manis berjaya dicipta.
Sebuah dinding utama dalam tema biru kehijauan [turquoise] dari DULUX Pentalite: South Seas [87GG 51/291]. Latar yang indah untuk perabot tema putih. Dinding-dinding lain dikekalkan dalam tona neutral DULUX Pentalite: Antartic Ice [70YY 73/083] untuk penataan bersih.
Untuk suasana nyaman, air con LG Neo Plasma Plus yang serba putih lengkap dengan air purifier melengkapkan ruang dengan gaya praktikal.
Highlight pada ruang, perabot lengkap dari Vantage yang serba putih dengan corak mawar merah mengindahkan ruang.
Kombinasi bersesuaian dilanjutkan pada lantai dalam tona laminated flooring yang muda supaya bergaul dengan penataan bersih yang dicari. Pergo Flooring edaran Floor Biz kali ini menggunakan London Oak yang indah.
Koleksi lampu Lightcraft yang bersesuaian untuk bilik tidur, bertemakan bunga-bunga kecil pada shade lembut yang indah.
Tilam berkualiti dari Dreamland [Chiro Professional 3] disertakan untuk tempat tidur yang selesa. Katil indah ini dihias dengan aksesori bedding [comforter dan alas tilam] dari Vantage.
SSf Curtain digunakan untuk melanjutkan gaya English pada hiasan tingkap Motif bunga-bunga kecil dalam warna kebiruan menjadi hiasan pada langsir putih.
Bunga lavender dalam tona unggu koleksi bunga artificial dari SSF Creatif Lifestyle Hub menghias dressing table. Katil diindahkan dengan lilin besar dan dihias bersama tea set dalam motif bunga mawar dari koleksi Vantage.
Suis designer dari AEC designer switch kali ini memaparkan suis silver dengan butang hitam untuk penataan moden.
Sebuah panel yang dihias dengan fabrik dari SSF Curtain menjadi wall deko pada headboard katil.
Sebuah kipas motif antik bras dari Alpha Malaysia mengindahkan dressing table sebagai hiasan tambahan.
Sajian istimewa dari Secret Recipe: Klik sini untuk senarai lengkap atau untuk menghubungi
|