| Episod 11: Classy Green |
|
|||||||||
Before...
Ruang tamu apartment ini mempunyai penataan yang membosankan. Sebuah gaya baru yang bakal memberikan nafas baru menanti ruang tamu ini. After...
Dengan gandingan warna yang berani yang jarang digunakan, sebuah gaya mewah telah dapat dihasilkan sebagai wajah baru ruang.
Dinding utama ruang diberi warna hijau tua Dulux Pentalite: Soft Fauna 30GG 16/137 dan non feature wall yang merangkumi dinding selanjutnya diberi gandingan warna neutral Dulux Light & Space: Creamy 16684. Keistimewaan Light & Space dari Dulux ialah ia mempunyai teknologi Lumitec yang mampu memantulkan cahaya dengan effisien, sebanyak 2 kali ganda cat biasa, memberi ilusi ruang yang lapang.
Ruang tamu tidak akan lengkap tanpa TV LCD Scarlet dari LG. Bingkai hitam yang slick dengan casing belakang merah mengindahkan ruang tamu dengan sentuhan serba moden. Konsep functional ditambahkan dengan penyertaan LG Air Purifier yang nampak indah di sudut tepi tingkap. Ia bersebati dengan dekorasi lain dan tidak nampak kekok sebagai unit penapis udara kerana design yang cukup slik dari LG.
Perabot dari Red Apple sekali mengindahkan ruang dengan sofa ‘L’ Shape yang berwarna cream. Sofa ini cukup inovatif dengan sebuah meja tepi yang bersambung pada sofa ini. Sebuah tv console dalam tona mahogany menjadi tempat letak tv.
Sesuai dengan dinding dan langsir dalam tona yang lebih gelap, lantai Pergo edaran Floor Biz kali ini, Painted Nature Light yang serba putih memberikan penataan kemas pada lantai.
Lampu indah dari Lightcraft nampak classy tanpa keterlaluan dengan koleksi lampu pendant hitam putih dan sepasang table lamp dalam gaya modern klasik.
Tingkap apartment ini yang berlatarkan hijauan diberi day curtain sheer yang putih dan night curtain dalam tona cokelat tua dari SSF Curtain. Ukiran corak dalam geometri bulat memberi ‘excitement’ pada fabrik. Material yang sama digunakan sebagai wall deco berfrem pada dinding.
SSF Curtain juga menyediakan sebuah ottomon yang besar dari material valvet dalam tona cokelat tua. Ottomon boleh dijadikan sebagai tempat duduk tambahan, sebagai ‘coffee table’ atau ‘side table’ ataupun sebagai ‘foot stool’.
Bunga orkid putih dari koleksi bunga artificial fresh touch dari SSF Creative Lifestyle hub mengindahkan meja tepi. Kusyen untuk sofa ditempah dari material langsir.
Sebuah piring pewter bermotif daun teratai dengan tempat letak lilin yang indah rekaan Eric dari Royal Selangor menjadi deko tambahan pada meja tepi.
Suis lama diganti dengan suis moden dalam warna silver dari AEC Designer switches.
Kipas moden koleksi Alpha Malaysia merupakan sebuah kipas innovatif berpisau material kayu dalam tona mahogany.
Sajian istimewa dari Secret Recipe: Klik sini untuk senarai lengkap atau untuk menghubungi
|