| Selepas...

Sebelum...

The
Makeover Story
Hariyana a 28 year old was at ropes
end when she was diagnosed with kidney failure and was desperately
in need of a new kidney. Her sister Hariyanti in an act of
sisterly love donated one of her own kidneys to save the life
of her sister. A perfect match, today Hariyana is healthy
and has one wish for her sister for her kind heart. Hariyana
wishes for a beautiful home for her sister who deserves the
world for her sacrifice. DBE made her wish come true.

Kisah Pengubahsuaian
Hariyana binti Samsudin telah mengalami penyakit buah pinggang
dan telah memerlukan buah pinggang baru. Kakaknya Hariyanti
tanpa ragu-ragu telah mendermakan buah pinggang beliau kepada
adiknya. Kini Hariyana sihat semula dan mempunyai satu hajat
untuk membalas jasa dan pengorbanan Hariyanti. Hariyana ingin
memberi sebuah kediaman yang indah buat kakaknya. DBE telah
membantu merealisasikan permintaan ikhlas Hariyana.

Wajah
Baru Ruang Tamu
Ruang tamu yang agak besar ini berjaya ditransformasikan
mengikut citarasa tuan Hariyanti yang sukakan gaya moden dan
“minimalist”. Tona warna tanah atau earth tones
diselitkan untuk mengukuhkan gaya moden yang dicari.

  
Sebuah latar “cokelat muda” digunakan
sebagai base. Feature Wall dihasilkan dengan cat ICI Dulux.
Komplimenya lantai Floor Biz rangkaian Pergo Original: Maple
Plank merupakan sebuah lanjutan buat dinding.


Dalam latar yang bertona warna muda ini, perabot
dalam tona gelap dipilih sebagai highlight untuk ruang. Sebuah
3 seater, meja kopi dan kabinet tv dari Homelife yang memenuhi
kriteria perabot moden dengan design ringkas nampak serasi
buat gaya ini.


Sliding door yang besar pada ruang ini diberi soft touch
dengan langsir SSF curtain dalam tona latar yang sama dengan
dinding dengan highlight berbelang yang memberi sentuhan design
moden pada sudut ini.

Pencahayaan strategik disertakan melalui 3 buah pendant light,
sebuah stand light dan table light dalam design metal atau
besi yang melakarkan gaya moden.

  
Dekorasi buat ruang tidak lengkap tanpa tv dan penghawa dingin
untuk kegunaan seharian. Sebuah TV LCD 32 in. dan Air Cond
Art Cool Mirror dari LG yang berdesign slik dan mudah dipadankan
dengan gaya moden nampak anggun di ruang baru ini.

Sepasang oil painting berciri modern art dari
Art Village meninggalkan ruang dengan tompak warna ceria sebagai
“excitement” untuk ruang.

  
Sentuhan segar disertakan untuk melembutkan meja kopi sebagai
fokus untuk ruang. Sepasang lilin hitam dalam bekas kaca bersebelahan
dekorasi bunga mengindahkan lagi suasana. Aksesori tambahan
ini boleh didapati dari SSF Home Deco Mart.

|