home > Previous Seasons > Season 5 > episod 7
 
  Previous Seasons
Casa Impian Musim ke-5
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Episod 7:
Dining in elegance
DEKORASI TAMBAHAN

Rawatan langsir bay window material sutera berwarna oren dan pembahagi ruang pada arch belakang dari material organza oren dari koleksi Kamdar memberikan penataan dramatik dalam keayuan tersendiri.

 

Sebuah centerpiece oeversize dengan bunga kekuningan melengkapkan meja makan ini. Seterusnya lilin-lilin kecil dan taburan bunga-bunga orkid menjadi sentuhan akhir...


INFO PRODUK

Lampu dari:
Lightcraft
www.lightcraft.com.my

Designer Showroom
Jln Sg. Besi
Tel: 03 9222 2413

Bangsar Showroom
Tel: 03 2284 4719

Cat dari:
ICI Paints
www.icidulux.com.my

Set meja makan dan Wall Shelf dari:
Fella Design
Lot 16, Jln 19/1
Seksyen 19, PJ
Tel: 03 7957 3608

Lantai Pergo dari:
Floor Biz
www.pergo.com.my
Ampang Utama
Tel:03 4251 8899

Langsir dari:
Kamdar
Jln Tuanku Abdul Rahman KL.
www.kamdar.com.my

Pasu & Set makan Ceramik Putih dari:
Ombak KLCC


Untuk senarai lengkap produk dan penaja KLIK DI SINI

 
 

Sebelum...

Casa Impian melangkah ke ruang makan sebuah rumah pusaka di Kampung Pantai Dalam untuk menjadikannya sebuah tempat "gathering"  keluarga besar ini yang mengimpikan sebuah ruang idaman yang indah.


Selepasnya...

Transformasi lengkap ini memberikan sebuah ruang makan yang elegan dengan pemilihan warna, perabot dan aksesori yang teliti di mana kesemuanya bersebati untuk menghasilkan "elegance"  yang dicari.

Fokus utama ruang terdiri dari set meja makan eksklusif dari Fella Design yang berciri klasikal, berjaya memberi gaya mewah yang berkarektor.

Dekorasi meja makan pilihan Eric berupa buah oren yang dihias dengan bunga orkid dan daun hijau yang dengan indahnya menimbulkan tompok warna pada meja makan berwana cokelat tua ini.

Dinding kanan dijadikan dinding fokus dengan rawatan cat kejinggaan dari ICI Dulux. Tona ini dikomplimenkan dengan tona termuda dari golongan ini [neutral] untuk dinding-dinding lain, manakala pintu ditukar ke warna neutral off white dari Dulux Papyrus [Gloss finish] yang membantu menimbulkan gaya elegan keseluruhan.

Sebuah lagi fokus utama untuk ruang makan ialah lampu siling. Sebuah pendant light dari koleksi Classical  Lightcraft dipilih untuk mendekorsi dan menyinari titik fokus ruang. Selain dari itu Stand light bersesuaian diletakkan di sudut utama sebagai supporting light.

 

© 2007 Copyright Camera Culture Productions Sdn Bhd. All rights reserved. Webdesign by www.lazarusnow.com