home > Previous Seasons > Season 5 > Episod 3
 
  Previous Seasons
Casa Impian Musim ke-5
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
Episod 3:
Rustic with Mediterranean
DEKORASI TAMBAHAN

Arch pintu dan tingkap kecil pada dinding ini nampak sesuai diberi rawatan kertas dinding ini. Tingkap kecil ini dicatkan warna putih untuk ebrsebati dengan dinding dan diberi hiasan pemegang lilin bermotif ranting koleksi Aseana.

 

Untuk melembutkan penataan keseluruhan deko bunga dalam balang transparent [Ombak] yang oversize digunakan. Bunga-bunga orkid dalam tona oren di letakkan didalam pasu untuk penataan yang lebih menarik. Sebuah lilin dalam pasu tanah liat menyinari deko bunga bersebelahan.

 

Rawatan hiasan tingkap berupa langsir [koleksi Artisan International Furnishing] dalam gaya roman blinds dan material berwarna cokelat kejinggaan untuk memudahkan pergaulan warna dengan perabot kayu.


INFO PRODUK


Set Perabot Lengkapt dari:

Fella Design
Lot 16, Jln 19/1
Seksyen 19, PJ
Tel: 03 7957 3608

Langsir dari:
Artisan International Furnishing,
Taipan Business Centre, Subang Jaya
Tel: 03 5637 0118

Cat dari:
ICI Paints
www.icidulux.com.my

Kertas Dinding dari :
Ferina’s Wall Coverings
276 Jln Bandar 11,
Taman Melawati, KL
Tel: 03 4108 9935
www.ferinas.com

Lantai Pergo dari:
Floor Biz
www.pergo.com.my
Ampang Utama
Tel:03 4251 8899

Lampu dari:
Lightcraft
www.lightcraft.com.my

Designer Showroom
Jln Sg. Besi
Tel: 03 9222 2413

Bangsar Showroom
Tel: 03 2284 4719

Pasu & Lilin dari:
Ombak KLCC

Pemegang Lilin untuk Arch dari:
Aseana KLCC
www.aseanamalaysia.com


Untuk senarai lengkap produk dan penaja KLIK DI SINI

Sebelum...

Bila kebuntuan idea dan kekurangan budget, setiap langkah untuk memulihkan ruang tamu akan terasa bagaikan “"mission impossible". Apa yang diperlukan di sini ialah sebuah transformasi lengkap yang dapat menghidupkan ruang tamu yang besar ini dalam sebuah gaya bersesuaian dengan struktur ruang.


Selepasnya...

Transfomasinya… Kriteria yang mendorong Eric membawa konsep mediterranean ialah 2 buah arch yang terdapat pada struktur dinding rumah ini. Gaya-gaya lain tidak akan dapat disebatikan dengan struktur ini. Hasilnya sebuah ruang yang rustik dengan elemen-elemen sepadan dapat dihasilkan untuk memberikan wajah baru.

 

Dinding feature diberi rawatan kertas dinding dari koleksi Ferinas Wall Coverings yang bermotif ranting dan dedaun berpaut seperti di cottage lama kawasan mediterranean.

 

Set perabot lengkap dari Fella design memenuhi ruang besar ini dalam gaya rustik bermotif kayu dan kusyen bercorak bunga dan dedaun. Lantai laminate Pergo juga dipilih dari tona tanah untuk gaya ini.

Ruang ini dicerahkan dengan warm lights hasil dari lampu siling, lampu dinding dan lampu shade yang lengkap dengan light stand besi yang juga bergaya rustik. Motif meditterranean dilanjutkan melalui lampu shade terracota dan standnya yang bermotif ranting.

© 2007 Copyright Camera Culture Productions Sdn Bhd. All rights reserved. Webdesign by www.lazarusnow.com