|
Sebelum...

Ruang tamu ini telah mendapat sedikit
sebanyak sentuhan keluarga ini yang rajin menghias, namun
penataan impian tidak dapat dihasilkan menyebabkan kumpulan
3 orang beradik ini mengharapkan Eric dan Casa Impian untuk
mengindahkannya buat kejutan bagi ibu bapa mereka.

Selepasnya...

Transformasinya gaya Klasik
English yang elegan tanpa keterlaluan sesuai buat citarasa
ibu bapa tercipta dalam sehari. Sebuah sofa yang cukup selesa
digandingkan dengan 2 buah arm chair [koleksi Fella Design]
sebagai perabot utama. Sebuah ruang tamu formal yang selesa
terhasil… sesuai bagi mengundang tetamu dan sebagai
tempat keluarga besar ini berkumpul.

Bagi pengemar bunga plastik, bunga ros berpasu
yang segar dan hidup [koleksi Aseana] disertakan di meja bersebelahan
untuk menimbulkan gaya Inggeris yang elegan. Kedua-dua meja
ini ditambahkan pencahayaannya dengan lampu shade meja [koleksi
Lightcraft].


Kali ini Eric memilih lampu shade hitam [lampu
meja dan lampu siling koleksi Lightcraft] yang dengan mudahnya
memberikan penataan elegan yang menjadi elemen utama ruang
tamu ini.

Lantai pula mendapat rawatan laminated flooring (jenama Pergo
dari Floor Biz) yang berupa warna cokelat yang bersebati dengan
kertas dinding dan perabot.

|