| Selepas...

Sebelum...

The
Makeover Story
Amarpal waited for a long time to
reward his teacher wife with a beautiful bedroom makeover.
Wife, a big fan of Deko Bersama Eric constantly dreams of
Eric transforming her home. Her dream comes true in the form
of a beautiful bedroom for her to relax in… this is
our tribute to a teacher!

Kisah Pengubahsuaian
Amarpal seorang suami dan bapa kepada 3 orang anak, telah
menunggu lama untuk memberi sebuah pengubahsuaian sebagai
kejutan buat isterinya. Isterinya, seorang cikgu adalah peminat
besar Deko Bersama Eric dan beliau sentiasa mengimpikan sentuhan
Eric untuk kediamannya. Impian itu kini direalisasikan melalui
kejutan manis yang mentransformasikan bilik tidur beliau…
ini adalah tribute DBE untuk seorang guru.

Wajah
Baru Ruang Tamu
Ruang lama yang digunakan sebagai bilik serbaga guna ini
diberi nafas baru sebagai sebuah bilik tidur yang sempurna
dari setiap sudut.


Warna latar turqoise [Leeward isle dari cat
ICI Dulux memberi penataan ‘soothing’ digabungkan
set perabot bilik tidur lengkap dari Country Home Furniture.
Series Rosemary dalam warna solid white ini. bergabung indah
dengan warna bilik tidur.
 

Rawatan kertas dinding dari Lamex Wall Covering
digunakan dalam 2 tona tapi dari corak yang sama pada dinding
utama[feature wall].



Tilam berkualiti Dreamland series Chiro Professional
yang mengutamakan keselesaan dan menjamin kesihatan tulang
belakang digunakan dengan functional untuk bilik tidur ini.
  
Pergo Flooring dari Floor Biz kali ini menampilkan rangkaian
County Pine Plank bersesuaian dengan tema Country. ‘Wood
grain’ yang indah menambahkan karekter pada bilik. Lantai
Pergo ini juga cukup selesa buat bilik tidur.

  
Langsir indah dan berciri mewah dari SSF Curtain kali ini
menggabungkan 2 jenis material untuk memberi kelainan pada
ruang.


Dinding kosong bersebelahan katil diserikan
dengan sebuah oil painting bermotif ‘little white daisies’
dari Art Village. Frame putih pada lukisan ini memberikan
finishing yang indah bersesuaian dengan perabot solid white
dari Country Home Furniture.

  

Bilik yang agak memanjang ini dibahagikan kepada 2 untuk
menempatkan almari, TV LCD dari LG dan sebuah dresser sebagai
tempat bersolek lengkap dengan cermin dari series Rosemary
Country Home Furniture.


Almari County Home dengan sliding door dan
bercermin ini amat sesuai untuk bilik yang agak sempit kerana
pintu slidingnya menjimatkan ruang dan cermin pada pintu memberikan
ilusi ruang yang luas.


Air Con dari LG Art Cool Series – Fiore Silver nampak
bersesuaian sebagai sebuah unit functional untuk memberi keselesaan
pada ruang tidur sambil bergaul indah dengan dekorasi bilik.




  
Aksesori hiasan dari SSF Home Deko Mart menarik perhatian
dengan sentuhan lembut melalui bunga-bungaan, lilin dan set
kopi dalam warna putih. Kusyen-kusyen kecil dari SSF Curtain
digunakan dalam material yang sama dengan langsir untuk penataan
yang cukup mengundang pada katil.

  
Akhirnya, lampu-lampu indah dah Lightcraf menyerikan suasana.
Sebuah ruang yang romantik dihasilkan bersesuaian dengan citarasa
tuan rumah.

Final Touch, Ambi Pu Air Co untuk Air Cond disertakan pada
unit air cond untuk menyejuk dan mengharumkan bilik. Morning
Mist yang menampilkan haruman yang cukup menyegarkan mengisi
ruang.

|