| Selepas...

Sebelum...

The
Makeover Story
Yen who recently lost her husband
to cancer carries on with the ups and downs of life with her
3 young boys in her ‘chaotic’ apartment. A new
beginning in their home with a new look is appropriate to
help carry on with life after the loss of a husband and father.

Kisah Pengubahsuaian
Setelah kehilangan suami kepada kancer, Yen terpaksa mengharungi
pahit dan manis hidup berseorangan menjaga 3 orang anak beliau
yang masih kecil. Sebuah pengubahsuaian untuk memberi wajah
baru dan semangat baru buat ibu tunggal ini pastinya dapat
membantu dalam mengharungi hidup.

Wajah
Baru Ruang Tamu
Mengambil kira keperluan 3 orang anak kecil yang aktif, sebuah
gaya praktikal dan selamat untuk kanak-kanak dicadang dan
dipraktikkan. Gaya moden dengan ‘clean lines’
dan warna-warna cerah diselitkan untuk menukar suasana murung
di ruang tamu ini

Perabot lengakp dari Red Apple memenuhi dan
mengganti perabot lama yang usang dan tidak praktikal. Sebuah
sofa beige dari material kulit[leather] yang tahan lasak dan
tidak mudah dikotorkan oleh kanak-kanak kecil dipilih sebagai
tempat duduk utama. Sebuah kerusi 1 seater disertakan khas
untuk ibu beristirehat. Meja kopi dan meja tepi yang cukup
praktikal dan selamat untuk kanak-kanak kecil menjadi fokus
di kawasan tengah ruang. Sebuah kabinet multi purpose diletakkan
secara strategik untuk menyimpan buku dan alat mainan.
  

Salah satu kebaikkan utama lantai Pergo dari
Floor Biz ialah ianya memberi sebuah permukaan yang selesa
dan tahan lasak untuk kanak-kanak duduk bermain. Pemilihan
lantai kali cukup functional untuk ruang tamu ini yang menjadi
tempat tumpuan 3 orang kanak-kanak. Tona neutral Maple Plank
nampak indah sekali bersebati dengan tona neutral keseluruhan.


Yen yang ingin mulakan hidup baru tanpa suami beliau dalam
suasana baru dan positif inginkan sebuah ruang tamu yang cerah
dan tidak murung. Sebuah tona warna neutral dari ICI Dulux
Pentalite Easy Clean diperkenalkan. ICI Easy Clean dengan
Hard Extender Technology ini dirumuskan dengan ciri-ciri pembersihan
yang mudah untuk pengekalan warna…sesuai untuk menanggalkan
kotaran dan mengekalkan cat.


  
Masalah ruang murung juga dihindari dengan bantuan pencahayaan
yang terang sesuai untuk kanak-kanak. Lightcraft kali ini
menampilkan lampu-lampu yang terang dalam gaya/motif ‘fun’
bersesuaian dengan karektor kanak-kanak.

  
TV LCD dari dan air con LG Art Cool Series[Mirror] melengkapkan
ruang dengan mudahnya untuk menonjolkan lagi gaya moden yang
dicari untuk wajah baru.


Langsir dari SSF Curtain dalam corak simple
memberi latar yang relaxing untuk ruang.



Sebuah oil painting dari Art Village dengan lakaran modern
bercorak geometri bulat dalam mainan warna-warna tanah dan
neutral mengindahkan dinding focus.

  
Aksesori hiasan dari SSF Home Deco Mart digunakan untuk hiasan
bunga dalam gaya “fun” dan slik moden untuk menghias
meja kopi dan susut-sudut kosong.

Ambi
Pur Puresse InstantMatic Automatic Spray yang merupakan aerosal
dengan fomula hipoalergenik yang tidak mewujudkan reaksi alahan
dan yang telah diuji secara dermotologi dan dirumus khas untuk
mengurangkan risiko alahan kulit digunakan sebagai final touch
untuk kediaman ini.

|