| Selepas...

Sebelum...

The
Makeover Story
Hollywood glam fans Yusry and Najib
have only dreamed of a glamouros “Fit for a Diva”
kind of living room their whole life. The bachelor pad was
in desperate need of a face lift to fit their dream lifestyle.
These bubbly, happy go lucky guys were thrilled when DBE announced
them as the lucky winners.

Kisah Pengubahsuaian
Peminat gaya glam Hollywood, Yusry dan Najib telah mengimpikan
glamour bagaikan gaya seorang “Diva” buat ruang
tamu mereka. Ruang tamu mereka telah memerlukan pengubahsuaian
drastik untuk menepati gaya hidup impian mereka. Ruang impian
mereka bakal direalisasikan oleh DBE.

Wajah Baru
Ruang Tamu
Lain daripada yang lain, bila dengar saja rumah bujang, terbayang
sebuah ruang yang bertona gelap dengan slick design dalam
latar maskulin. Jauh dari gaya tipikal buat lelaki, Eric kali
ini mentransformasi ruang untuk lelaki bujang minggu ini dengan
suntikan “excitement” pada design dan dekorasi.
Latar dalam tona pink! Yes! Pink is in! Warna rasmi 2007 [Movie
Star Pink dari Cat ICI Dulux ] berjaya diselitkan, sesuai
dengan tema vibran dan ceria buat ruang dan penghuninya.

  
Feature wall dalam palet vibran diselitkan melalui
rawatan kertas dinding siri Rebell dari Lamex Wall Covering.
Series Rebell ini mempunyai kombinasi motif modern dari segi
latar warna pink yang vibran dan motif bunga ros pula menampakkan
gaya kontempori melalui susunan geometrikal.

Lantai Pergo dari Floor Biz kali ini dipadankan
dengan gaya trendy ini melalui rangkaian Pergo Original –
Oak Blocked . Teknik lantai laminated ini berupaya mentransformasikan
bahagian lantai ruang kepada gaya trendy yang sebati dengan
hiasan.

  
Sepasang Todd Chair yang unik dan menepati gaya trendy yang
dicari dari koleksi terbaru Thamesa Furnishing [Jln Ampang
& Jln Universiti] nampak anggun sekali dipadankan dengan
permaidani ‘shaggy rug’ juga dari Thamesa.

  
Lampu moden dengan cirri-ciri elegan dipilih untuk menerangi
dan mendekorasi ruang pada masa yang sama. Lightcraft kali
ini menampilkan koleksi serba moden ini melaui sebuah pendant
light, sebuah floor lamp dan sepasang lampu meja dari design
berpadanan.
  
Dekorasi tambahan dan pelengkap ruang TV LCD dari LG nampak
bergaya di diding feature. Dinding bersebelahan pula dilengkapkan
dengan dekorasi art piece dari Art Village dalam tema ‘pop’
yang diminati oleh penghuni. Di bahagian atasnya pula sebuah
lagi pelengkap ruang untuk keselesaan, air cond LG siri neo
plasma plus yang serba keputihan bersebati dengan art piece
yang dipilih.


Pandangan ke arah dapur dikaburkan dengan stylish
melalui solusi ‘string curtain’ berwarna unggu
dari SSF Curtain. String Curtain yang kian popular nampak
trendy dan boleh digunakan sebagai divider di antara ruang
dalam kediaman.


Sepasang optomen dari homelife yang di ‘upholster’
oleh SSF Curtain dalam tema fabrik keseluruhan ditempatkan
dalam ruang dalam kegunaan multi-purpose sebagai meja kopi,
meja tepi mahu pun sebagai tempat duduk tambahan.

  
Aksesori seperti gelas dekorsi merah, pasu bunga
dengan ros putih dan kusyen dalam tema yang sama mengisi sudut-sudut
tertentu untuk sebuah penataan yang glamourous.
Minggu
ini Ambi Pur Aerosol digunakan sebagai final touch. Ambi Pur
Aerosol adalah pewangi semburan yang merupakan solusi terpantas
untuk mengharumkan sesebuah ruang. Ianya difomulakan dengan
cecair berkualiti tinggi untuk kesegaran yang berpanjangan
dan mempunyai ‘dry base’ yang menghindari kesan
minyak.

|