| Selepas...

Sebelum...

The
Makeover Story
Sabil a die hard fan of Deko Bersama
Eric [previously known as Casa Impian] sacrificed his sleep
to queue up as early as 4am just to make sure he is the first
contestant at the DBE audition. Well, Sabil’s sacrifice
paid off.. he was chosen as one of the lucky winners of DBE,
winning himself a fabulous home makeover as a gift for his
loving wife. What’s a one night sleep compared to a
beautiful home!

Kisah Pengubahsuaian
Sabil, peminat setia Deko Bersama Eric[dahulunya dikenali
sebagai Casa Impian] rela tidak tidur supaya dapat memenangi
pengubahsuaian percuma DBE. Beliau sanggup beratur seawal
jam 4 pagi pada hari ujibakat pemilihan supaya dapat menjadi
peserta pertama untuk diujibakat. Usaha Sabil tidak sia-sia.
Beliau dipilih sebagai salah seorang pemenang bertuah untuk
mengejutkan isteri tersayang dengan pengubahsuaian magikal
DBE. Satu hari tak tidur tak kisahlah, asalkan dapat rumah
cantik!

Wajah
Baru Ruang Tamu
Keindahan gaya Mediterranean diselitkan
sebagai elemen utama gaya baru buat ruang tamu ini. Kebosanan
ruang tamu tipikal tanpa konsep diganti dengan sebuah ruang
tamu serba lengkap yang bersinar dalam gaya baru yang mengundang.


‘Request’ tuan rumah yang inginkan
perubahan drastik dengan warna-warna berani direalisasikan
melalui sebuah ‘feature wall’ yang vibran melalui
cat ICI Dulux. Pilihan Eric adalah ‘Del Sol’.
“Non Feature Wall” pula dipadankan dengan tona
‘First Light’ ICI Dulux. Komplimennya langsir
koleksi SSF Curtain dari tona jingga yang mewah. Lantai Pergo
dari Floor Biz pilihan Eric minggu ini ialah Provence Oak
dari siri Vintage yang memberi karektor pada bahagian bawah
ruang. Kesemua elemen asas ini melengkapkan ruang dalam mood
“warm’.

 
Sesuai dengan gaya Mediterranean, pendant light
dari Lightcraft bermotif bunga dan dedaun melilit mengindahkan
ruang dan menarik perhatian pada pertengahan ruang. Pencahayaan
tambahan disertakan melalui floor lamp dan table lamp Lightcraft
yang juga bermotif bunga dan rod iron untuk menambahakan gaya
rustik ini.

  
Sofa Amore koleksi Haus Living Concepts yang menginteprestasi
gaya hidup kontemporari melalui reka bentuk ringkas tapi “suave”
ini melengkapkan ruang dan memenuhi kriteria ruang tamu dengan
gaya tersendiri. Sofa Amore ini dipadankan dengan sebuah tv
kabinet rendah dan meja tepi dari Haus.

Art Deko dari Art Village kali ini merupakan sebuah “oil
painting modern art” dalam tona kemerahan yang sesuai
dengan warna-warna vibran pada ruang.


Dekorasi lengkap, sebuah air con LG Art Cool series Fiore
Gold yang juga dalam tema warna eksotik menyejukkan suasana
.Reka cipta dan finishing Art Cool series ini dengan mudahnya
bergaul sebagai aksesori hiasan tambahan buat ruang.

Sentuhan lembut bunga dan pasu SSF Home Deco
Mart menghias kabinet TV dan melembutkan sudut bersebelahan
TV. TV LCD dari LG yang slik melengkapakan ruang tamu sebagai
tempat beristirehat sambil berhibur.


Final Touch, Haruman Ambi Pur Electrical menyerikan suasana
dengan haruman Harmony yang menyemarakkan suasana dalam keindahan.

|