| Selepas...

Sebelum...



The
Makeover Story
In co-operation with 1 Utama Shopping
Centre [new wing] as the venue sponsor for DBE’s audition
sessions, a ONE Card Privilege member was guaranteed as a
winner. Fara a One Card Member was chosen for a garden makeover
to surprise hubby who has promised her a beautiful garden.
With the help of garden and landscape specialist Terra Garden,
DBE fulfills this young couple’s need and dream for
a beautiful garden.

Kisah Pengubahsuaian
Hasil kerjasama dengan 1-Utama Shopping
Centre [new wing] sebagai penaja lokasi sesi uji bakat DBE
telah menjamin seorang pemenang yang merupakan pemegang kad
ONE Card Privilage.. Fara seorang ONE Card member telah berjaya
menjadi pemenang untuk episode ini di mana laman beliau dipilih
untuk diubahsuai untuk mengejutkan suami yang selama ini telah
menjanjikan sebuah taman yang indah. Laman impian pasangan
muda ini bakal direalisaskikan oleh DBE dengan pertolongan
Terra Garden..pakar laman Neo Nusantara.


Wajah
Baru Ruang Tamu
Laman konsep Neo Nusantara merupakan idea Terra Garden yang
merupakan perintis dalam laman gaya nusantara yang mementingkan
budaya dan identiti ketimuran. Nama Terra Garden memang sinonim
dengan laman berasaskan cirri-ciri kayu [decking], system
modular dan elemen-elemen alam yang dipraktikkan dalam sistem
laman inovatif ini.
  

Motif minggu ini adalah untuk
menghasilkan sebuah oasis untuk gaya hidup luar atau ‘out
door living” di mana ruang interior disambung hingga
ke laman. Pelan Terra Garden adalah untuk menggunakan laman
yang sedia ada tapi menambahkan elemen-elemen komplimentari
seperti decking, kolam, tempat duduk, hijauan, lampu, dan
sebagainya untuk melengkapkan laman.
  

Perabot laman seperti tempat
duduk yang diinovasikan sendiri oleh Terra Garden seperti
kerusi kuda-kuda, decking dan sebagainya dipasang dengan mudahnya
melalui sistem modular.
  


Sebuah kolam disertakan
bersama tumbuhan air. Telaga 3 yang merupakan trademark Terra
Garden dengan indahnya menghias kolam.
  

Sebuah lagi inovasi Terra Garden iaitu
jantung pisang, merupakan sebuah pelengkap lampu yang dapat
digantung di celah-celah pokok untuk efek lampu dan juga sebagai
artifek hiasan luaran.


Sebuah laman yang sebelumnya nampak
kosong dan membosankan dengan mudahnya ditransformasikan sebagai
sebuah laman indah yang berkarektor untuk bersantai.



Dalam episod ini juga
kita berpeluang mengunjungi ‘rumah baru’ Terra
Garden yang kini berpusat di Bukit Lanjan[berdekatan Sg. Pencala/
opposite Ikea/The Curve]. Sebuah lanskap indah masterpiece
pemiliknya, Desmond Ho, Terra Garden mempunyai sebuah show
village yang cukup impresif di mana para pengunjung yang ingin
“shopping’ untuk konsep laman, Terra Garden mempunyai
beberapa setting untuk dipilih.


Konsep Terra Garden yang mementingkap
alam semulajadi dalam menghasilkan laman juga cukup membanggakan.
Seorang conservationist, Desmond menekankan bahawa “apa
yang kita ambil dari alam semulajadi harus dikembalikan”.
Dengan ini beliau telah memulakan unit bio-tech di mana benih-benih
tumbuhan disemai di makmal untuk mengelakkan tumbuhan dari
menjadi pupus.

Jadi jika anda ingin melihat sendiri keindahan
pusat Terra Garden yang baru ini kunjungilah sendiri ke: Lot
2772, Bkt Lanjan, 10km Jln Damansara. Tel: 03 7725 8698


|