| Selepas...

Sebelum...


The
Makeover Story
Martha, a Sarawakian is on a mission
to transform her newly married sister, Angela’s living
room that suffers from the typical problem of clutter. Angela
has always been an Eric fan and will be receiving this surprise
makeover as a wedding gift from her sister and the DBE crew.

Kisah Pengubahsuaian
Martha yang berasal dari Sarawak mempunyai satu misi. Beliau
ingin mentransformasi ruang tamu adik beliau Angela. Ruang
tamu adiknya mempunyai masalah sesak dan dekorasi yang bercampur
aduk. Angela yang merupakan peminat besar Eric bakal menerima
kejutan pengubahsuaian in sebagai hadiah perkahwinan dari
kakaknya dan dari krew DBE.

Wajah
Baru Ruang Tamu
Gaya moden 360 darjah, Begitulah konsep untuk ruang tamu
kecil ini yang mempunyai cabaran sudut-sudut hexagon. Solusi
Eric, rawatan langsir roman blinds dari SSF Curtain yang berfungsi
sebagai backdrop yang kemas bersesuaian dengan gaya moden
ini.



Perabot lengkap gaya ultra moden dari Haus Living
Concept menghias ruang dan dengan mudahnya memberikan sentuhan
slick moden yang dicari. Sebuah 3 seater dan 2 seater dalam
tona gelap siri Oliver digandingkan dengan sepasang meja tepi
OZ dan kabinet tv rendah Nett Series.
  

Lantai
Pergo edaran Floor Biz nampak bergaya sekali dengan siri Pergo
Original – Oak Plank.



Lampu-lampu moden
dari Lightcraft kali ini dipilih dalam tema warna hitam dan
translucent. Sepasang lampu siling crystal hitam, sepasang
lampu meja hitam, sebuah floor lamp hitam dan sebuah lagi
floor lamp berkaca menerang dan menghias ruang ini.
  


Kertas dinding dari Lamex
Wall Covering digunakan untuk menambahkan lagi motif moden.
Dinding feature wall diberi rawatan kertas dinding dari siries
Passion oleh Lamex.
  

Cat ICI Dulux – Skier’s
Trail yang merupakan sebuah tona biru muda yang ‘soothing’
dan ‘refreshing’ merupakan gabungan yang sesuai
dengan tona warna tanah di ruang ini.
  

Gaya moden selalunya nampak
lebih ketara dengan penggunan oil painting yang oversize.
Walupun ruang ini kecil, sebuah oil painting dari Art Village
yang agak besar diletakkan secara memancang pada salah sebuah
diding non-feature. Floor lamp yang diletakkan bersebelahan
lukisan ini melengkapkan pandangan ke arah dinding ini.


Sepasang oil painting dari motif dan warna yang sama diletakkan
secara horizontal pada dinding tempat laluan ke arah ruang
tamu.


Ruang ini
ini diberi sebuah pembahagian atau division dengan indahnya
dengan menggunakan string curtain berwarna hitam dari SSF
Curtain.
  


LCD TV dari LG dengan black finish nampak cukup bergaya bersebelahan
sepasang lampu meja yang juga berwarna hitam. Air cond Art
Cool- Fiore Silver dari LG berjaya bergaul dengan gaya moden
dan tema warna keseluruhan sambil menyejukkan suasana di ruang
tamu ini.
  

Dekorasi tambahan dari SSF Home Deco
Mart seperti lilin dan pasu mosaic kecil digunakan untuk mengindahkan
lagi suasana di ruang ini.
  
Final Touch, Ambi Pur Electrical digunakan untuk menyamankan
udara.

|