Welcome
to Deko Bersama Eric
Casa Impian bertukar nama!
Pengubahsuaian Percuma siri baru “Deko Bersama
Eric” mencecah RM50,000 setiap pengubahsuaian.
Casa
Impian berwajah baru!
Rancangan
pengubahsuaian popular Casa
Impian di Astro bertukar nama ke
Deko Bersama Eric sempena
nama hos dan designer suka ramai Eric Leong. “Deko
Bersama Eric” sebuah “spin-off”
dari rancangan dekorasi dan pengubahsuaian percuma pertama
Malaysia iaitu Casa Impian, setelah 6 musim
kini berwajah baru dan menjanjikan nilai pengubahsuaian
yang lebih tinggi buat pemenangnya.

“Deko Bersama Eric” akan menghadiahkan
pengubahsuaian PERCUMA bernilai hampir RM50, 000 setiap
satu. Ini termasuklah barangan hiasan lengkap, kos pengubahsuaian
dan yang terbaru, pengubahsuaian “Deko Bersama
Eric” akan menghadiahkan TV LCD serta Penghawa
Dingin dari LG untuk setiap pengubahsuaian dan sebuah
peti sejuk LG untuk pemenang pengubahsuaian dapur.
bersambung
|