|
Info
Peraduan Deko Bersama Eric
Sejak dari musim ke-2 rancangan suka ramai Casa Impian yang
kini dikenali sebagai Deko Bersama Eric [DBE] telah berjaya
memberikan pengubahsuaian PERCUMA buat peminat. Setiap musim
13 pemenang bertuah pengubahsuaian percuma dipilih dan ruang
impian mereka akan direalisasikan oleh pereka dalaman suka
ramai Eric Leong.
Penyertaan buat musim terbaru ini[musim ke-7] melalui sesi
ujibakat telah mencecah hampir 6,000 peminat yang telah membanjiri
lokasi uji bakat di 1-Utama pada 31 Mac dan 1 April 2007.
Penyertaan untuk musim ini telahpun ditutup dan 13 pemenang
bertuah untuk musim ke-7 telah pun dipilih...
"Bagi peminat
yang setia menyertai peraduan pengubahsuaian percuma ini,
jangan putus asa, cuba lagi pada musim akan datang!"
Pihak penerbit mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima
kasih kepada semua peminat yang setia dan sabar menunggu musim
terbaru rancangan dekorasi ini. Eric Leong sebagai pereka
dalaman dan Vimala Siva Wilkinson selaku penerbit dan pengarah
Deko Bersama Eric[DBE] menjanjikan sebuah lagi musim yang
menarik dari segi dekorasi dan persembahan buat Deko Bersama
Eric.
Saksikan DBE setiap Isnin 9:30 mlm dan siaran
ulangan setiap Ahad 10 pagi di Astro Ria

|