Casa
Impian bertukar nama! Pengubahsuaian Percuma siri baru
“Deko Bersama Eric” mencecah RM50,000 setiap
pengubahsuaian.
Casa
Impian berwajah baru!
Rancangan pengubahsuaian popular Casa Impian di Astro
bertukar nama ke Deko Bersama Eric sempena
nama hos dan designer suka ramai Eric Leong.
“Deko Bersama Eric”
sebuah “spin-off” dari rancangan dekorasi
dan pengubahsuaian percuma pertama Malaysia iaitu Casa
Impian, setelah 6 musim kini berwajah baru dan
menjanjikan nilai pengubahsuaian yang lebih tinggi buat
pemenangnya. “Deko Bersama Eric”
akan menghadiahkan pengubahsuaian PERCUMA bernilai hampir
RM50,000 setiap satu. Ini termasuklah barangan hiasan
lengkap, kos pengubahsuaian dan yang terbaru, pengubahsuaian
“Deko Bersama Eric” akan menghadiahkan
TV LCD serta Penghawa Dingin dari LG untuk setiap pengubahsuaian
dan sebuah peti sejuk LG untuk pemenang pengubahsuaian
dapur.
13 pemenang bertuah yang menetapi berbagai
kriteria yang ditetapkan oleh pihak juri pemilihan telah
pun dipilih.
Musim
Baru
Musim baru Deko Bersama Eric yang disiarkan
di Astro Ria setiap Isnin 9:30 mlm dengan ulangan
pada hari Ahad 10 pagi yang diformulakan sebagai
sebuah rancangan “hit” bukan saja dari segi
dekorasi malah dari segi persembahan, editing dan audio
visual, diterima baik oleh para peminat.
Menurut Vimala Siva Wilkinson,
Penerbit Eksekutif Deko Bersama Eric dan pengasas Camera
Culture Productions Sdn Bhd yang telah “conceptualize”
dan menerbitkan rancangan ini untuk siaran di Astro
sejak tahun 2002, “…kami tidak mahu sebuah
rancangan dekorasi tanpa “substance” atau
elemen hiburan. We wanted learning to design your home
to be fun and not work. Dengan itu sejak dulu lagi Eric
sebagai “crowd puller” telah ditugaskan
untuk menyelitkan unsur hiburan untuk seisi keluarga
dalam mendekorasi kediaman mereka. It’s a family
affair….dan Eric telah melakukan tugas ini dengan
baik.”

"...We wanted learning to
design your home to be fun and not work..."
Deko
Bersama Eric yang merupakan rancangan pertama di
television Malaysia dalam format sebegini sejak 5 tahun
lalu amat bangga sebagai perintis rancangan sebegini
di sector penyiaran di Malaysia. Pihak penerbit telah
meluangkan masa berlebihan untuk setiap pengubahsuaian
dan produksi [dari segi rakaman, edit dan audio pos]
untuk memberikan sebuah rancangan berkualiti untuk tontonan
peminat. DBE mempunyai “viewer base” dan
rating yang tinggi di kalangan rancangan tempatan.

|
 |
| View
the auditions photos |
| |
|
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
 |
| View
photos from our new season! |
|