Frequently
Asked Questions (FAQ)
- Bagaimanakah anda dapat memperolehi
pengubahsuaian Deko Bersama Eric [DBE]?
- Apakah kriteria pemilihan pemenang?
- Apakah yang dilakukan kepada
perabot lama yang dipindah keluar dari ruang?
- Berapa lamakah yang diambil
untuk setiap pengubahsuaian?

Bagaimanakah
anda dapat memperolehi pengubahsuaian Deko Bersama Eric
[DBE]?
Setiap musim DBE akan mengadakan sesi ujibakat untuk
memilih pemenag. Sesi ujibakat akan diumumkan melalui
media. Anda hanya perlu membawa sekeping gambar ruang
yang memerlukan pengubahsuaian. Untuk musim ke-7 ini
sesi ujibakat telah diadakan pada 31 Mac dan 1 April
2007. Pemilihan seterusnya untuk musim seterusnya akan
diadakan pada pertengahan 2008 bergantung kepada jadual
produksi.
Apakah
kriteria pemilihan pemenang?
Pihak panel pemilihan mempunyai berbagai kriteria untuk
pemenang. Antaranya:
i)peserta haruslah ‘camera friendly’ supaya
tak kaku di depan kamera.
ii)ruang yang dicalonkan memerlukan pengubahsuaian
iii)ruang yang dipilih juga harus menepati logostik
penggambaran untuk perjalanan rakaman [seperti tidak
terlalu kecil atau tidak terlalu besar]
iii)pada keseluruhannya panel juga harus memilih ruang-ruang
supaya ke semua gaya dekorasi dapat dipersembahkan dalam
13 episod untuk sesebuah musim.
Pesanan atau tip dari penerbit: Jika anda memilih untuk
mengejutkan atau surprise seseorang itu, pilihlah orang
yang bukan pendiam, baik atau buruk kami memerlukan
mereka yang dapat meluahkan perasaan tentang wajah baru
ruang yang diubahsuai. Kerana sering kali bila dikejutkan,
orang yang di”surprise itu nampak kaku dan gagal
bereaksi! Ini amatlah penting kerana elemen ‘surprise’
itu dilalukan secara “realiti’ dan tidak
dilakonkan.
Apakah
yang dilakukan kepada perabot lama yang dipindah keluar
dari ruang?
Ini terpulang kepada tuan rumah samada untuk menyimpan
di ruang lain atau menderma atau menghadiahkan kepada
orang lain. Pihak penerbit tidak akan mengambil barangan
asal dari ruang pengubahsuaian.
Berapa
lamakah yang diambil untuk setiap pengubahsuaian?
Ke semua pengubahsuaian dilakukan dalam masa 8 jam dalam
satu hari sahaja. Iaitu dari pukul 10 pagi hingga 6
petang.

|